Dolla cari empat individu susah untuk dibantu menerusi menerusi Live to Give

A
A
A

MELIHATKAN situasi semasa dalam negara ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ternyata memberi kesan besar kepada banyak pihak.

Ada yang hilang punca pendapatan, tidak kurang juga terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kehidupan seharian.

Menyedari kesusahan golongan tertentu,  Dolla bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) The Giving Bank (TGB) untuk membantu empat individu yang benar-benar memerlukan.

Hanya dengan komen, anda dapat membantu. Itu gambaran kepada program khidmat masyarakat (CSR)  dikenali sebagai Live to Give, The Giving Bank X Dolla itu.

Mewakili Dolla, Sabronzo berkata, projek itu adalah peluang terbaik buat dirinya bersama tiga rakannya iaitu Tabby, Angel dan Syasya membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Sejujurnya, kami gembira apabila dipilih pihak The Giving Bank untuk berkolaboratif dalam projek CSR ini.

“Kami tak selalu dapat peluang seperti ini. Jadi, kesempatan yang ada, bakal digunakan sebaik mungkin.

“Sekurang-kurangnya dengan usaha dijalankan ini ia dapat membantu mereka. Platform yang disediakan pihak The Giving Bank ini pastinya bermanfaat untuk semua,” katanya.

Tambah Sabronzo, Dolla turut mengajak orang ramai bersama-sama mereka mengenal pasti dan membantu golongan memerlukan.

“Kami akan mencari empat individu yang layak menerima bantuan. Cuma, tugas peminat dan orang ramai pula adalah dengan pergi ke ruangan komen dan memberikan informasi tentang individu yang memerlukan bantuan.

“Dari situ, mungkin pengguna laman sosial lain yang ingin turut serta dengan kami dalam program ini dapat menghulurkan bantuan. Jadi, semakin ramai mereka yang memerlukan dapat di bantu,” jelasnya.

Perkongsian yang dibuat oleh Dolla menerusi akaun media sosial mereka.

Menyedari ramai tidak mempunyai informasi tepat dan tempat untuk mencari mereka yang memerlukan bantuan sumbangan, The Giving Bank X Dolla ini adalah platform untuk mereka merealisasikan perkara itu.

Terdapat empat cara mudah untuk orang ramai terbabit dalam The Giving Bank X Dolla.

Langkah pertama adalah dengan follow Instagram The Giving Bank, tekan butang like pada hantaran dimuat naik, namakan individu yang anda rasakan layak menerima bantuan dan kongsikan hantaran itu di Instagram Story anda.

Mengulas mengenai situasi semasa kini, Sabronzo berkata, apa yang paling penting setiap orang perlu bersabar dan kuatkan diri untuk terus bertahan.

“Sudah lebih setahun kita berada dalam keadaan yang kurang stabil. Bukan saja orang biasa, tapi kami dalam industri seni juga terkena tempias sama.

“Cuma, Dolla bersyukur kerana sebelum ini ada beberapa projek. Tapi, bagi mereka yang terputus punca pendapatan, semestinya risau dan mungkin dalam keadaan tekanan.

“Saya harap semua boleh bersabar sikit lagi. Semoga dengan kesabaran yang ada membolehkan kita menjalankan aktiviti macam biasa suatu hari nanti,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca