Dua kali tertunda,  filem Mencari Rahmat akan ditayangkan 10 Jun depan

A
A
A

SETELAH dua kali ditunda penayangannya filem Mencari Rahmat, akhirnya akan menemui penonton pada 10 Jun 2021.

Penerbitnya Zuli Ismail berkata, penundaan tersebut dibuat memandangkan pawagam terpaksa ditutup bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 pada ketika itu.

“Kami juga telah menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang memaklumkan tentang tarikh tayangan yang baru ini.

"Saya berharap agar tayangan filem Mencari Rahmat tidak akan lagi ditunda tayangannya di pawagam.

“Saya percaya memang ramai yang menantikan tayangan filem ini, cuma apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar kawalan kami.

“Jadi, saya seru kepada penonton supaya jangan lepaskan peluang menonton filem ini apabila ditayangkan di pawagam nanti,” jelasnya.

Pada asalnya, Mencari Rahmat sepatutnya ditayangkan pada 18 Jun 2020, tetapi ia tunda ke tarikh 31 Disember 2020.

Namun ia sekali lagi ditunda berikutan pandemik Covid-19 yang melanda sehingga pawagam terpaksa menutup operasi buat sementara waktu.

Barisan pelakon Mencari Rahmat.

Filem ini menggandingkan pelakon hebat seperti Nam Ron, Amerul Affendi, Sharifah Amani, Nadia Aqilah, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Eric Fuzi dan Azman Hassan.

Ia mengisahkan Razak seorang ahli perniagaan yang berjaya yang tinggal di Pulau Pinang. Dia seorang yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Jamilah kerana mereka tiada anak lelaki.

Apabila Tan Sri Omar dan isterinya meninggal dalam satu kemalangan, Razak telah diwasiatkan menjaga cucu perempuan mereka, Ratna, 19, yang juga telah kehilangan ibu dan bapanya.

Razak seorang yang suka berfoya-foya, berparti liar tapi pada masa yang sama dia perlu menunjukkan teladan yang baik pada Ratna.

Oleh itu dia mencipta seorang adik bernama Rahmat yang kononnya banyak masalah dan tinggal di Kuala Lumpur. Dia memberi alasan perlu kerap ke KL untuk menyelamatkan adiknya Rahmat supaya dia dapat berparti di KL.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca