PELAKON dan pelawak Ebby Yus akan menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung yang dijadualkan pada 21 Disember ini.

Bakal dimasukkan ke wad untuk membuat persediaan pembedahan, berita berkenaan dikongsikan menerusi hantaran di grup WhatsApp.

“Untuk makluman, pembedahan akan dilakukan pada hari Khamis.

“Ebby Yus akan dimasukan ke wad pada 20 Disember (Rabu) dan dan pembedahan dilakukan pada Khamis, 21 Disember ini di   Pusat Jantung, Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

“Semoga segala urusan dipermudahkan,” menurut kiriman tersebut.

Ebby yang dihubungi SinarPlus menzahirkan penghargaan buat rakan dan peminat atas sokongan yang diberikan.

“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan doa-doa.

“Saya juga ingin memohon maaf,” katanya.

Baca juga: Rumah idaman hanyut dibawa banjir, Ebby Yus tetap syukur diberi nafas untuk hidup

Baca juga: Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk

Baca juga: Waspada jika alami 12 keadaan ini petanda sakit jantung termasuk dengkur & batuk tak henti

Kata Ebby, doktor memintanya berehat dalam dua minggu selepas pembedahan.

Sinar Harian terdahulu melaporkan Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, berkata, dia perlu melakukan pembedahan tersebut selepas mendapat nasihat doktor selepas jantungnya semakin lemah.

“Setakat ini berdasarkan pemeriksaan, kekuatan jantung saya hanya tinggal 26 peratus dan ada injap jantung yang bocor. Itu menyebabkan jantung saya bertambah lemah,” ujarnya.

Iklan
Ebby ketika beraksi dalam sitkom JKKK

Ebby memaklumkan kos pembedahan itu dianggarkan sebanyak RM38,000 namun beliau mendapat bantuan daripada pihak hospital dan hanya perlu menambah RM5,000 sahaja.

“Cuma itu untuk alatan, belum lagi kos bil perubatan dan perbelanjaan saya apabila perlu bercuti panjang nanti,” katanya yang mengumpul sendiri wang membiayai rawatan bagi mengelakkan salah faham dan pertikaian di kemudian hari.

Pelakon sitkom televisyen ‘Simpang Tiga’ itu menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan masalah buah pinggang.

40 tahun di dalam industri, Ebby tetap aktif membintangi drama, sitkom dan filem.

Iklan

Bagaimanapun ada ketikanya beliau terpaksa menolak tawaran kerana kekangan kesihatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang