Ejen Ali: Agents’ Arena, tarikan baharu siri permainan digital interaktif Ejen Ali

EJEN ALI
EJEN ALI
A
A
A

SIRI popular animasi Ejen Ali The Movie telah melancarkan sebuah permainan mudah alih terbaharu, Ejen Ali: Agents’ Arena.

Aplikasi permainan maya hasil kolaboratif REV Media Group, Primeworks Studios dan juga WAU Animation itu kini boleh di muat turun secara percuma daripada Google Playstore atau Apple App Store.

Pada tahun 2016, Ejen Ali telah melancarkan dua permainan aplikasi popular iaitu Ejen Ali: MATA Academy dan diikuti oleh Ejen Ali: Emergency pada tahun sama.

Ejen Ali: Agents’ Arena pula merupakan tambahan terbaharu kepada francais permainan maya daripada siri animasi terkenal itu.

Pada April 2021, aplikasi itu boleh diakses oleh pengguna beta dan berjaya dimuat turun lebih daripada 320,000 termasuk 70,000 pengguna aktif bulanan. Malah sehingga kini, francais permainan mudah alih Ejen Ali sudah menjangkau keseluruhan 3.7 juta jumlah muat turun dan 201, 000 pengguna aktif bulanan.

Aplikasi yang merupakan hasil kerjasama Harta Intelek Animasi Malaysia, Ejen Ali: Agents’ Arena merupakan seratus peratus ciptaan Malaysia di mana buat pertama kalinya permainan itu menggunakan ‘multiplayer’ mod, iaitu pemain boleh mengawal satu hero dalam tiga sepasukan bersaing menentang pasukan pihak lawan atau AI bot.

Pada pusingan pertama dalam permainan ini, pemain boleh memilih mana-mana watak kegemaran mereka yang terdiri daripada enam watak utama dalam siri TV animasi ini yang menampilkan Ejen Ali, Ejen Alicia, Ejen Rudy, Ejen Khai, Ejen Roza and Ejen Mika.

Penambahan watak, kostum dan arena yang baharu juga bakal diperluaskan pada masa akan datang.

Agents’ Arena bertujuan untuk memupuk nilai-nilai baik dalam kalangan pemain seperti nilai kerja berpasukan, disiplin dan pemikiran strategik.

Ia dapat dijadikan aktiviti beriadah yang santai bagi belia dan kanak-kanak di mana permainan ini mampu menjadi satu jenama e-sukan yang berdaya saing yang sesuai oleh setiap lapisan umur.

Ibu bapa tidak perlu risau dengan aplikasi ini kerana ia dihasilkan dengan sentimen selamat untuk pengguna di bawah umur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin, pihaknya dalam usaha menghasilkan lebih banyak lagi produk terbaharu Ejen Ali pada masa akan datang.

“Berdasarkan perbincangan kami dengan unit pembangunan permainan mudah alih ini, usaha REV Media Group untuk memperluaskan Ejen Ali: Agents’ Arena sebagai salah satu e-sukan yang kompetitif untuk peminat Ejen Ali adalah satu visi yang sangat membanggakan terutamanya pada belia dan kanak-kanak.

“Perkembangan lanjut mengenai Ali, pihak produksi sedang bergiat untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk terbaharu daripada Ejen Ali.

“Kami berharap peminat akan terus menyokong Ejen Ali tidak kira di mana sahaja samada dalam bentuk digital, di skrin TV dan dan juga di pawagam,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca