Elemen hiburan Islamik dalam Hijrahkan Laguku

A
A
A

TV AlHIJRAH memperkukuhkan kedudukan stesen sebagai agen penyebar dakwah di platform penyiaran dengan membawakan sebuah program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV, Hijrahkan Laguku.

Pertaruhan berani itu dibuat setelah melihat kepada keperluan kaedah dakwah yang lebih kreatif dan bersesuaian dengan peredaran zaman, kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak.

Hijrahkan Laguku menampilkan gabungan penyanyi lama dan baharu dalam industri hiburan tanah air yang akan menyampaikan mesej positif serta dakwah menerusi lagu pilihan yang digubah liriknya.

Barisan artis yang terlibat ialah Datuk Nash, Iwan Syahman, Rahmad Mega, Zack Kool, Zaf VE, Adam AF, Shahir Zawawi dan Mark Adam.

Pemilihan dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk kisah penghijrahan mereka yang unik dan kekuatan mereka dalam bidang nyanyian.

Namanzee Harris (dua dari kanan), ketika majlis pelancaran program Hijrahkan Laguku. - FOTO: TV AlHijrah

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, program realiti Hijrahkan Laguku bakal menjadi fenomena yang mampu membentuk masyarakat serta mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah.

“Simbiosis kukuh di antara manusia dan seni muzik tidak dapat dinafikan. Manusia secara fitrah mudah tertarik kepada bunyi-bunyian yang menyenangkan, lirik lagu mempesona serta seni persembahan yang memberi kedamaian.

Hijrahkan Laguku mempunyai kekuatan untuk memenuhi kehendak jiwa manusia yang sukakan kepada muzik. Namun kita tambah elemen hiburan Islamik serta dakwah kontemporari,” katanya.

Program lapan episod yang menampilkan Faizal Ismail dan Bell Ngasri selaku hos itu akan bersiaran secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam, mulai 20 November ini.

Sebelum itu, episod prelude terlebih dahulu menemui penonton pada 12 November, jam 9 malam.

Adam, Iwan dan Shahir bakal mengubati rindu peminat dengan penampilan terbaharu mereka. - FOTO: TV AlHijrah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca