SEMPENA Ramadan tahun ini, Playground Asia (PGA) dan Meta Malaysia, mengajak semua content creators berkongsi kisah Ramadan mereka melalui kempen #RamadhanEffects.

Kempen ini dilaksanakan menerusi Instagram Reels yang mana pelayar media sosial boleh berkongsi cerita bagaimana Ramadan mengubah kehidupan seharian mereka.

Bermula 15 April lalu, selebriti popular seperti Elyana Emrizal, Harith Iskander, Jaa Suzuran, Danial Zaini dan Leona Chin akan berkongsi rutin Ramadan mereka menggunakan feature Instagram Reels.

Orang ramai boleh menyertai kempen #RamadhanEffects ini dengan memuat naik video reels yang sama, sekali gus berpeluang memenangi dan berkongsi sejumlah ads credits sebanyak 10,000 USD untuk mengembangkan profil media sosial masing-masing.

Menurut Elyana, kempen tersebut memberi peluang kepadanya untuk berkongsi aktivitinya di bulan Ramadan bersama peminat.

“Saya berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan Meta Malaysia bagi menjayakan kempen #RamadhanEffects tahun ini.

Iklan

”Pertama kalinya juga, saya berpeluang untuk berkongsi cerita Ramadan saya dan mengajak para kreator yang lain untuk turut berkongsi cerita dan menghasilkan video reels yang sama seperti saya dengan menggunakan #RamadhanEffects.

”Bukan pada saya sahaja, malah hakikatnya, Ramadan tahun ini banyak mengubah rutin, aktiviti dan gaya hidup rakyat Malaysia setelah dua tahun menyambut Ramadan dalam era pandemik ini,” katanya.

Iklan

Playground Asia merupakan komuniti terbuka untuk semua content creators di seluruh Asia.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai kempen #RamadhanEffects dan cara untuk menyertai, orang ramai boleh ikuti laman Facebook dan Instagram Playground Asia.