Ewal, Adda bakal disatukan penghujung tahun ini

EWAL BERTUNANG
EWAL BERTUNANG
A
A
A

SELEPAS lebih empat bulan menjalinkan hubungan cinta, vokalis kumpulan Kristal, Ewal, selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya, Nur Syuhada Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Adda, pada Jumaat lalu.

Percintaan Ewal dan Adda, 33, bukanlah rahsia kerana kedua-duanya mengambil sikap terbuka dan sering berkongsi perkembangan terbaharu mereka menerusi media sosial.

Tidak mahu menunggu lebih lama, Ewal atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz Ismail, 29, berkongsi perancangannya untuk melangsungkan pernikahan dengan bekas anggota kumpulan Butterfly itu pada penghujung tahun ini.

Tambahnya, apa yang lebih diutamakan adalah upacara akad nikah dan sekiranya majlis resepsi perkahwinan tidak dibenarkan ketika itu, dia dan Adda sudah bersedia dengan situasi tersebut.

Adda yang juga adik kepada pemain gitar Kristal, Rody, sebelum ini pernah dua kali berkahwin, namun berakhir dengan penceraian.

Menerusi perkahwinan kedua, Adda dikurniakan sepasang cahaya mata, Tisha Deandra, 7, dan Aydan Zafarel, 6.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca