PENYANYI dan pelakon, Ezlynn mengakui sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada 11 September lalu.

Menurut Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 39, mereka berkenalan lebih setahun sebelum sepakat untuk mendirikan rumah tanga.

“Kami berkenalan selepas beberapa bekerjasama menerusi program amal sejak Covid-19 melanda negara.

“Sepanjang bekerjasama, saya suka lihat cara dia bekerja dan memegang amanah yang diberikan.

“Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya dan paling penting saya percaya dia mampu membimbing saya ke jalan ALLAH,” katanya.

Ezlynn berkata, majlis pernikahan mereka diadakan secara dalam talian pada 11 September lalu dengan dihadiri keluarga terdekat.

Iklan

“Perkahwinan ini dijalankan secara online, keluarga terdekat kebanyakan di Kuala Lumpur, jadi tak ada gambar sangat dan nak umum kepada orang ramai,” jelasnya.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011. Mereka bagaimanapun bercerai pada Oktober 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Iklan

Wan Mohd Hafizam, 45, pula memiliki tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya.

Sumber : mStar