Filem seram komedi ganding tiga pelakon berbeza latar

Untitled design (65)
Untitled design (65)
A
A
A

BERMULA 8 Julai lalu, Astro First mempertaruhkan sebuah filem seram komedi, Jangan Takut: Kau Takut..Aku Pun Takut.

Lebih istimewa, filem ini membariskan gandingan trio pelakon, pelawak dan penyanyi iaitu Mark Adam, Amerul Affendi dan Syuk Sahar sebagai teraju utama dalam sebuah filem komedi seram buat pertama kali.

Filem itu juga menghimpunkan barisan pelakon terkenal dan pelawak tanah air seperti Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Delimawati, Ropie, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Melati Zero, Azlee Senario, Ucop Cecupak, Aiyuni Hashim, Kamarul Yusof, Donna Muslim dan Along Eyzendy.

Setiap watak menampilkan karakter dan gelagat tersendiri yang pasti akan mencuit hati penonton. Manakala dari sudut pengarahan pula, filem terbitan produksi CMA Media ini mendapat sentuhan kreatif pengarah Nazir Jamaluddin.

Jangan Takut: Kau Takut..Aku Pun Takut mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.

Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu. Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing.

Kemudian Sarip, Dol dan Leman tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan menumpang kereta seorang wanita bernama Malaika.

Dalam perjalanan, Sarip mengajak untuk bermain satu permainan iaitu mereka perlu berkongsi kisah seram dan jika sesiapa rasa takut maka orang itu perlu keluar daripada kereta tersebut.

Sarip dan Leman  menceritakan kisah seram tetapi tidak ada sesiapa pun yang rasa takut, bahkan mereka terhibur dengan cerita-cerita tersebut.

Bagaimanapun ketika tiba giliran Dol untuk bercerita, Malaika menceritakan sebuah kisah seram yang membuatkan mereka bertiga ketakutan.

Apakah yang berlaku seterusnya?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca