Francisca Peter cari pembeli baju kurung ikonik, AJL pertama

Francisca Peter
Francisca Peter
A
A
A

SELEPAS tiga dekad berlalu, penyanyi popular era 1990an, Francisca Peter mencari semula pembeli baju kurung yang dipakainya ketika dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu edisi pertama menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran pada tahun 1986.

Menurut Francisca atau Fran, 60, beberapa tahun selepas pertandingan itu, dia telah telah menyumbangkan baju kurung pastel itu kepada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengumpul dana amal.

Kini Fran begitu teringin untuk menjejak kembali pembeli baju kurung miliknya itu untuk mengetahui kisah istimewa di sebalik pembelian tersebut.

“Saya tidak tahu siapa yang membeli atau tujuan apa dia membelinya. Namun jika anda dari NGO tersebut atau mengetahui orang yang membeli baju kurung itu, harap dapat kongsikan maklumat dengan saya.

“Saya benar-benar ingin mengetahui kisah mereka. Apa yang terjadi padanya dan adakah ia masih disimpan atau sebaliknya.

“Saya cuma ingin tahu, apatah lagi peminat saya juga selalu bertanya tentang baju kurung itu sehingga hari ini,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Biarpun bukan berbangsa Melayu, Fran merupakan seorang penyanyi yang cukup fasih berbahasa Melayu. Malah pilihannya untuk mengenakan baju kurung ketika menyertai AJL, lebih 35 tahun tahun lalu itu cukup mendapat perhatian ramai.

Mengimbau kembali sejarah baju berkenaan, Fran berkata, ia dibeli dengan harga RM150 di Sungei Wang Plaza pada 35 tahun lalu.

“35 tahun berlalu, namun masih banyak yang memperkatakan tentang gaya ikonik yang sederhana saya memakai baju kurung pastel di Anugerah Juara Lagu pertama (Muzik Muzik).

“Tidak ramai yang mengetahui perkara ini, tetapi saya membeli baju kurung itu dengan harga RM150 dari Sungai Wang Plaza. Pada masa itu, ia mahal bagi saya,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca