Fyna Jebat akui isteri Zainal Abidin Hassan
PENYANYI Fyna Jebat akhirnya merungkai desas-desus berita pernikahannya apabila mengakui sudah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan dan jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61.
Bagaimanapun pemilik nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, itu enggan memperincikan butiran lanjut mengenai majlis pernikahan mereka.
“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.
"Harap doakan saya dan keluarga," ujarnya ringkas apabila ditanya media berkaitan spekulasi pernikahannya dengan Zainal Abidin.
Tambah Fyna, suaminya juga memberi sokongan penuh dia menyertai program Famili Duo bersama kakaknya, Ayda Jebat.
Ditanya mengenai pertandingan tersebut yang disertai bersama Ayda, akui Fyna, suaminya memberikan sokongan penuh.
“Sudah tentu dia (suami) bagi sokongan, sebab itu kami menang minggu ini,” ulas Fyna yang meraih RM10,000 sebagai pemenang minggu keempat bersama Ayda.
Terdahulu, spekulasi perkahwinan membabitkan Fyna dengan bekas jurulatih bola sepak itu dilaporkan sebuah akhbar, baru-baru ini.
Menurut sumber, pernikahan pasangan terbabit hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat.
Zainal cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan berkahwin kali pertama sekitar tahun 1980-an dan dikurniakan tiga anak.
Hingga kini, Zainal tidak memberikan sebarang pengesahan berhubung berita perkahwinan mereka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang