Ganti Paul Walker, ketelusan hati Vin Diesel bikin ramai tersentuh

Untitled design (59)
Untitled design (59)
A
A
A

BINTANG popular Hollywood, Vin Diesel membuktikan persahabatannya denganPaul Walker tidak berakhir selepas kematian aktor itu.

Buktinya, Diesel membuatkan ramai orang tersentuh apabila dia tampil mengiringi anak perempuan Walker iaitu Meadow Walker pada hari perkahwinannya dengan pelakon Louis Thornton-Allan.

Momen istimewa itu dikongsikan sendiri Meadow,22, menerusi Instagram pada Jumaat.

Sumber memberitahu E! bahawa Vin Diesel yang juga ayah baptisnya mengiringi Meadow untuk lafaz perkahwinan.

Paul Walker yang meledak menerusi filem Fast & Furious, meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 2013 ketika anak perempuannya itu baru berusia 15 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meadow Walker (@meadowwalker)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca