PENYANYI Aina Abdul tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak termasuk peminatnya susulan penampilannya dalam sebuah majlis, baru-baru ini.

Menerusi Instagram Story, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, berkata pemakaian hijab yang didakwa menyerupai rahib itu merupakan idea daripada dirinya sendiri dan pasukan pengurusannya yang berinspirasikan koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.

“Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Aina di PC ANWAA 2.0 baru-baru ini.

“Namun Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf,” tulisnya.

Iklan

Pelantun lagu Semalam itu juga berkata dia akan lebih berhati-hati dalam berfesyen pada masa akan datang.

Iklan

Pada Khamis lalu, penampilan Aina pada sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik netizen apabila ia dikatakan menyerupai biarawati gereja atau rahib.