PASANGAN selebriti, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan keluarga kini berada di Jepun menceritakan suasana ketika detik gempa bumi yang melanda negara Matahari Terbit itu.

Awal menerusi platform Insta Story berkongsi detik bencana alam yang berlaku pada jam 4.10 petang waktu tempatan (3.10 petang waktu Malaysia) semalam di Semenanjung Noto wilayah Ishikawa.

Ujar bapa kepada Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2, ketika kejadian beliau berada di dalam kereta api.

Baca juga: ‘Terima kasih ALLAH selamatkan kami daripada bahaya.’ Fouziah Gous sekeluarga di Tokyo, syukur terhindar gempa bumi

“Some area in Japan ada earthquake tadi dan kami sekeluarga was in metro (kereta api) when it happened.

“Tak rasa apa-apa pun di sini, namun apabila kita tengok berita dan beberapa video, ia agak teruk.

“Some of our friends here were feeling it from their hotel room,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengacara dan pelakon berusia 42 tahun itu bersyukur mereka sekeluarga selamat di Tokyo.

Beliau juga berterima kasih buat warga maya yang prihatin akan keadaan mereka di sana.

Baca juga: Buka kedai kopi sendiri, Awal imbau kisah cinta bersama Scha AlYahya

Baca juga: Alhamdulillah, rezeki anak dan rezeki bulan Ramadan – Awal Ashaari

Baca juga: Kembali langsing selepas bersalin, apa rahsia Scha Alyahya?

Ujarnya, masyarakat Jepun kelihatan sudah terbiasa dengan situasi bencana.

“Alhamdulillah kami sekeluarga okay and thank you for checking on us. In central Tokyo ni everyone macam go on with their lives sebab they’re so used to it.

Hopefully kita dipelihara and semoga ALLAH melindungi kami dan semua yang berada di bumi Matahari Terbit ini. Insya-ALLAH,” katanya.

Iklan

Sekadar makluman, seramai 48 mangsa dilaporkan maut. Susulan tragedi itu, amaran tsunami dikeluarkan apabila ombak dijangka mencapai sehingga 3 meter (9.8 kaki) dan gelombang itu dikesan sekitar 1.2 meter (3.9 kaki) di Bandar Wajima, kata penyiar awam Jepun NHK.

Sekurang-kurangnya 31 gegaran susulan akan berlaku berhampiran kawasan di mana gempa bumi itu berlaku.

Ratusan bangunan roboh, jalan raya rosak dan puluhan ribu rumah terputus bekalan elektrik.

Pasukan penyelamat kini sedang bergelut dengan masa untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Iklan

Sumber: Instagram Awal Ashaari, Reuters

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!