Giliran wajah Kaka Azraff di papan iklan Times Square, New York

KAKA AZRAFF
KAKA AZRAFF
A
A
A

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah terciptanya sejarah buat anak kelahiran Klang, Kaka Azraff apabila dipilih menghiasi papan ‘billboard’ gergasi di tengah-tengah kota raya New York - Times Square.

Kaka juga baru sahaja melancarkan lagu terbarunya yang berjudul Hilang pada bulan lepas, telah dipilih sebagai ‘artis pilihan bulan ini’ menerusi program EQUAL Singapura & Malaysia.

“Saya rasa seperti bermimpi dapat menjadi sebahagian daripada program EQUAL oleh Spotify. Telah lama saya idamkan peluang sebegini kerana sering melihat wanita-wanita hebat dari Malaysia dipaparkan dan kini giliran saya pula.

"Semoga dengan pemilihan saya dapat memberi inspirasi kepada wanita-wanita muda di luar sana untuk terus mengejar mimpi kerana kita (wanita) mampu menggoncangkan dunia,” kata Kaka yang menjadikan artis ke-8 dari Malaysia yang dipaparkan.

EQUAL merupakan program yang diwujudkan oleh Spotify dalam memartabatkan kesaksamaan wanita dalam peranan muzik.

Perjalanan seni Kaka bermula ketika dirinya masih muda lagi dengan mempelajari selok-belok industri muzik sejak kecil. Debut pertamanya bersama pelawak, hos TV dan penyanyi popular, Zizan Razak telah melonjakkan namanya.

Single keduanya berjudul Bukan Hal Aku telah meraih jumlah tontonan sebanyak 10 juta sejak dilancarkan.

Selain itu, Kaka juga turut terjun dalam bidang lakonan kerana bakat semulajadi yang dimilikinya. Manakala pencapain tertingginya dalam bidang muzik adalah apabila dinobatkan sebagai juara di pertandingan penuh berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu ‘Gila’ bersama rapper Noki dan Loca B.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca