Giliran Zamani cari penyanyi sebenar

A
A
A

PROGRAMI Can See Your Voice Malaysia 5 (ICSYVMY5) pada episod minggu lalu mencatatkan kejayaan buat Ella dan Misha Omar apabila mereka berjaya meneka siapa penyanyi sebenar dalam kalangan peserta.

Untuk episod yang akan bersiaran malam ini (Ahad), ICSYVMY5 bawakan penyanyi terkenal Zamani. Bekas vokalis kumpulan Slam itu akan turut mempersembahkan lagu-lagu hits nyanyiannya yang sehingga kini masih menjadi pujaan ramai.

Masih mengekalkan panel tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee, episod kali ini menyaksikan mereka ditemani panel jemputan yang terdiri daripada Ropie, Hazama dan Black.

Jika dilihat pada pengalaman mereka di bidang nyanyian, sudah tentu sahaja Hazama dan Black mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, tidak sukar untuk mereka menilai para peserta.

Berbeza pula dengan Ropie, seorang pelakon komedi dan sentiasa berbuat jenaka di kaca TV. Adakah pendapat Ropie akan diambil serius ketika mengulas tentang enam orang peserta tersebut atau sebaliknya?

ICSYVMY5 dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

(FOTO: TV3)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca