Guna nama tanpa kebenaran, Search beri amaran

Untitled design - 2021-05-20T235418.011
Untitled design - 2021-05-20T235418.011
A
A
A

SEORANG peniaga didapati menggunakan nama kumpulan Search tanpa kebenaran dalam menjual kasut “Aliph x SEARCH - Edisi 2021” sebanyak 999 unit.

Search menerusi satu kenyataan kepada media memaklumkan, pihak mereka sudah memberi amaran dan meminta individu bernama bernama Mozylir Mokhtaruddin yang berniaga atas nama “Home of Champions” menghentikan penjualan serta-merta.

Individu dan syarikat berkenaan didakwa menggunakan nama ‘fenomenasearch’ melalui laman web serta menggunakan alamat email yang memakai nama domain fenomenasearch.com.

“Nasir, Amy, dan waris-waris arwah Yazit telah mengambil nasihat guaman dan telah  mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir Bin Mokhtaruddin/Home of Champions untuk menghentikan kegiatan mereka,” jelas mereka dalam kenyataan yang dihantar pada Khamis.

Dalam pada itu, Amy dan Nasir menjelaskan, mereka telah sepakat untuk menjaga hak Allahyarham Yazit walaupun selepas dia meninggal dunia pada 2019.

“Ahli Search telah bersetuju untuk memastikan bahawa hak-hak arwah Yazit kepada nama Search dan kerja-kerja beliau untuk Search dari tahun 1981 lagi akan diberikan kepada waris-waris arwah Yazit,” ujarnya.

Sementara itu, Home of Champions dalam satu kenyataan menerusi Facebook miliknya memaklumkan akan membuat kenyataan menerusi peguam mereka dalam masa terdekat.

“Berhubung kenyataan media yang kami terima yang difahamkan dari pihak Amy dan Nasir di platform media sosial, pihak kami akan membuat satu kenyataan balas melalui pihak guaman kami dalam masa terdekat ini,” katanya.

Search ditubuhkan pada 1981 dianggotai Amy, Yazit, Hillary Ang dan Nordin. Selepas album ketiga, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Hillary memilih untuk berundur dan tempatnya digantikan oleh Kid.

Album terakhir Search iaitu Katharsis dikeluarkan pada tahuun 2017 menampilkan Amy, Nasir, Nordin dan Kid. Pada masa itu, arwah Yazit tidak bermain di dalam album tersebut atas sebab keuzuran beliau.

Amy pula mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan itu pada tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca