PERSAINGAN minggu keenam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaksikan kesemua 10 bintang mara ke minggu seterusnya.

Pada konsert bertemakan Citarasa Antara Benua yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut memperlihatkan Tomok kembali menduduki tangga pertama dengan persembahan mantap menerusi lagu Everybody, nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys.

Bukan itu sahaja, Tomok turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.

Tomok sebelum itu turut memenangi anugerah Juara Next Level Digi dan membawa pulang wang tunai RM1,000. Manakala Jaclyn Victor memenangi anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak, sekali gus membawa pulang sebuah penapis udara Cuckoo bernilai RM3,000.

Bagaimanapun tiada penyingkiran pada minggu keenam dan secara tidak langsung memberi peluang kepada Dina untuk meneruskan saingan pada minggu hadapan.

Iklan

Baca : Bapa meninggal dunia, Dina Nadzir tidak bersaing di GV9

Iklan

Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu ini :
Tomok – 84%
Jaclyn Victor – 82.40%
Shila Amzah – 76.60%
Bob Yusof – 76.40%
Hazrul Nizam – 74.30%
VE – 73.60%
Fuad Rahman – 73.10%
Tom – 63.50%
Asheed – 59.90%