‘Hadiah yang paling bermakna…’ – Harris Alif sambut ulang tahun ke-22, peminat pula ucap tahniah

Untitled design (55)
Untitled design (55)
A
A
A

SEMALAM, pengacara, pelakon dan penyanyi, Harris Alif telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

Suami kepada pelakon Intan Ladyana itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

“Hadiah yang paling bermakna. Terima kasih semua atas ucapan dan ingatan. Semoga Allah balas jasa baik semua yang mendoakan,” tulisnya ringkas beserta gambarnya bersama Intan.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian, ramai pengikut Instagram Haris mengucapkan tahniah kepadanya.

Rata-rata mereka seolah meneka Harris dan Intan kini sedang menanti kelahiran orang baharu dalam keluarga kecil mereka.

@Ctaishahamzah : “Daddy mommy to be”

@izwann.iii : “Alhamdulillah.. Congrats ma bro  #anugerahharris kerana bakal menimbang cahaya mata”

@n.mirahuda31 : Tahniah harris intan...

Bagaimanapun setakat ini, baik Harris mahupun Intan, kedua-duanya dilihat belum bersedia mengiya atau menafikan khabar mengenai kehamilan Intan.

Harris juga dalam temu bual bersama media sebelum ini memberitahu akan berkongsi khabar gembira itu bila tiba masanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca