PENYANYI iaitu Ashira Aziz mengakui mengetahui Allahyarham Bad menghidapi masalah jantung tidak lama selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Malah Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, pernah menjelaskan jenis-jenis ubat yang dibawa bersama dan ubat mana yang perlu diberikan sekiranya dia mengalami serangan jantung.

Baca juga: Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja di Ampang. Rakan selebriti, bekas isteri terkejut

Baca juga: ‘Bad anak yang baik, soleh’- Ibu

“Sepanjang kami menjadi suami isteri, arwah tidak pernah alami sakit dada, sebaliknya cuma masalah kencing manis yang teruk.

“Saya memang akan terkejut bila dapat tahu arwah meninggal dunia kerana sesak nafas. Mungkin dia bawa ubat itu bersama tetapi tidak ada orang yang tahu untuk bantu dia. Lebih-lebih lagi semua jadi secara tiba-tiba,” ujarnya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kota Damansara pada Jumaat.

Menyifatkan bekas suaminya itu sebagai lelaki yang penyayang, kelakar dan sentiasa memberi galakan, Ashira berkata, mereka masih mengekalkan hubungan baik biarpun sudah tidak lagi bersama.

Bagaimanapun disebabkan sudah mempunyai kehidupan masing-masing, mereka sudah lama tidak berhubung.

“Bila arwah kongsikan apa-apa di media sosial, saya lihat sahaja sebab itu saya terkejut dengan pemergian dia,” katanya.

Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada pada 11 Mac 2021 selepas jatuh cinta ketika sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh.

Iklan

Bagaimanapun mereka mengumumkan perceraian pada Jun 2022.

Baca juga: ‘Sentiasa ingat ALLAH ada dengan kita.’ Pesanan Allahyarham Bad Indigo 3 hari lalu runtun hati ramai

Sumber: Sinar Harian (Wartawan: Aqmar Mustaza)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!