Hafeez Mikail off market

HAFEEZ MIKAIL DAN ISTERI
HAFEEZ MIKAIL DAN ISTERI
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Hafeez Mikail bergelar suami kepada pilihan hatinya, Noor Azira Azman dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan itu yang bertemakan konsep Jawa diadakan di Changkat Telang, Hulu Langat telah dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat akrab.

Hafeez atau nama lengkapnya Muhd. Hafiz Muhd. Zaki, 31, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin kepada wanita berusia 27 tahun itu.

"Alhamdulillah saya dan isteri saya selamat di ijab kabulkan pada 6 Mei.

"Terima kasih yang tak tehingga kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang telah membantu menjayakan majlis kami.

"Terima kasih juga kepada mereka yang hadir pada majlis kami, saya dan isteri ingin memohon maaf jikalau ada kekurangan dari pihak kami sepanjang proses majlis kami di jalankan," kongsinya menerusi Instagram.

Pasangan itu turut diraikan dalam majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah malam.

Terdahulu, Hafeez dan isteri mengikat tali pertunangan pada 24 Disember 2022 selepas lebih setahun berkenalan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca