Hafiz Suip akui tertekan sering ditanya mengenai perubahan fizikal
PENYANYI Hafiz Suip mengakui tertekan apabila sering diajukan soalan mengenai perubahan fizikal yang semakin kurus.
Menurut Hafiz, 31, lebih mengecewakan apabila dia dikatakan berada dalam keadaan tidak sihat dan terlibat dengan pengambilan barang terlarang.
“Kalau betul-betul ambil berat, hubungi saya dan tanya. Bukannya terus menilai dan cakap, eh Hafiz kuruslah… ni mesti kancing ni, ni mesti dadah, ni mesti family tak bagi makan.
“Jika kamu sering ditanya begitu, tertekan tak? Saya memang tertekan sebab saya manusia biasa, status artis hanyalah sebuah kerjaya.
“Jika manusia biasa dilempar bermacam-macam tuduhan memang boleh tertekan,” katanya ketika sidang media pelancaran lagu Berakhirlah Pencarianku yang merupakan nyanyian duetnya bersama Ernie Zakri.
Tambahnya sebagai seorang manusia biasa adalah nomal apabila pertanyaan sebegitu akan membuatkan dirinya tertekan jika ditanya terlalu kerap.
Jelas Hafiz, sebelum ini juga dia ada membuat pemeriksaan kesihatan serta berjumpa dengan ustaz dan diberitahu bahawa keadaanya baik.
“Kalau ada yang ambil berat terhadap diri saya, alhamdulillah. Cuma ada cara kalau nak bertanya, jika memang ingin ambil berat jumpa terus atau call secara personal.
"Jangan tuduh seseorang itu atau cakap pada orang lain dan beri pelbagai tanggapan. Dari segi mental kalau asyik ditanya sakit atau tak, nanti lama-lama akan betul-betul sakit sebab kata-kata itu kan satu doa," tegasnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang