“Hai isteri…” Percepat tarikh nikah, Yonnyboii kini bergelar suami

YONNYBOII NIKAH
YONNYBOII NIKAH
A
A
A

PENYANYI rap sedang meningkat naik, Yonnyboii  mengumumkan telah selamat bergelar suami kepada tunangannya, Nik Nazira Narriman, 22, dalam satu majlis ijabkabul yang berlangsung di Duchess Place, Ampang, pada 20 November lalu.

Berita gembira tersebut dikongsi Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, menerusi laman Instagram miliknya pada malam Khamis.

“Bismillahirahmanirahim, hai isteri,” tulisnya ringkas bersama muat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya dalam persalinan baju Melayu berwarna putih di sisi cinta hatinya yang lengkap inai di jari.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut yang terdiri daripada peminat dan teman-teman dalam industri menitipkan ucapan tahniah, selain doa agar perkahwinan pasangan itu berkekalan.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu hanya diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Menurut Yonni sebagaimana dipetik dalam satu laporan media, keputusan untuk mempercepatkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada awal tahun depan itu dibuat pada saat-saat akhir selepas mengambil kira situasi semasa peningkatan Covid-19.

Bimbang sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula, pasangan tersebut memutuskan untuk segera disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Menjelaskan tindakannya yang hanya berkongsi hari bahagiaya kepada umum hanya selepas seminggu berlangsung, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Sakit  itu mengakui ada alasan tersendiri.

“Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga dan jumlah tetamu juga terpaksa dihadkan, maka disebabkan itu, kami memilih untuk tidak terlalu berkongsi kepada umum,” katanya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 9 Oktober lalu selepas setahun saling mengenali hati budi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca