Hamil anak kedua, Kaka lebih positif

August 4, 2021
Oleh Wartawan SinarPlus

PENYANYI dan pelakon Kaka Azraff berkongsi berita gembira kini hamil cahaya mata kedua.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nur Atiqa Noor Azraff, 32, kandungannya kini dalam trimester pertama dan turut mengalami alahan teruk. Bagaimanapun akui Kaka, situasi itu lebih baik berbanding kehamilan pertamanya sebelum ini.

Tambah Kaka, berbanding kehamilan pertama, alahannya kali ini dapat dikawal dengan lebih baik kerana sentiasa berfikiran positif untuk memastikan proses kehamilannya kali ini berjalan lancar.

Dalam pada itu, Kaka turut mendedahkan, pada awalnya dia tidak menyedari dirinya sedang berbadan dua, namun perasan suaminya kerap menjamah durian seolah-olah sedang mengidam.

Iklan

“Berbeza dengan kehamilan pertama, saya mahu berkongsi kepada semua, namun dalam bentuk sederhana.

Iklan

“Lagipun negara sedang berdepan pandemik, saya tidak mahu melanggar sensitiviti mana-mana pihak,” katanya sebagaimana yang dilaporkan.

Mengulas soal jantina kandungan keduanya itu, Kaka berkata, masih terlalu awal untuknya berkongsi tentang perkara tersebut. Apa yang pasti, dia mengharapkan yang terbaik agar kandungannya itu dalam keadaan yang sihat dan sempurna.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan suami, Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seoarang cahaya mata lelaki, Aslan, 3.