'Hampir tidak kenal, lain betul.' Gwen Stefani muncul dengan penampilan terbaharu, ini reaksi peminatnya!

A
A
A

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Gwen Stefani yang muncul menerusi program temubual Late Night With Seth Meyers baru-baru ini meraih perhatian ramai.

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi itu tidak habis-habis memujinya.

Rata-rata mengatakan Stefani nampak jauh lebih muda daripada usianya.

Memetik laporan ews.com.au, anggota kumpulan No Doubt itu dilihat tampil dengan wajah yang cukup berbeza berbanding pada awal kemunculannya iaitu sekitar tahun 1996.

Bakal mencecah usia 53 tahun pada bulan hadapan, Stefani tampil dengan potongan rambut panjang lurus berwarna perang dengan padanan baju fesyen net membuatkan beliau kelihatan cukup seksi.

Malah, bibirnya tampak lebih mungil dan pipi juga semakin menegang.

RAHSIA AWET MUDA

Akaun YouTube yang menyiarkan temu bual tersebut turut dibanjiri ribuan komen orang ramai yang nyata cukup teruja melihat idola kesayangan mereka itu.

Pun begitu, ada juga warga maya yang terkejut dan meminta selebriti berkenaan berhenti daripada melakukan pembedahan plastik kerana bentuk wajahnya kini sangat berbeza.

Bahkan, ada yang mengatakan yang mereka hampir tidak mengenali Stefani.

Selebriti itu bagaimanapun, mengambil pendekatan mendiamkan diri tanpa membalas sebarang komen yang dilontarkan peminat.

Untuk rekod, Stefani sebelum ini membuat pendedahan hubungan bahagia bersama suami, Blake Shelton yang berusia 46 tahun antara salah satu faktor rahsia awet muda beliau.

Baca lagi 'Daripada saiz kecil, jadi baju paling besar.' Wanita ini kongsi perubahan Zizi Kirana buat ramai tersentuh hati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca