MEMUAT naik foto menampakkan ‘baby bump’, pelakon Hanis Zalikha didakwa warga maya sedang hamil anak ketiga. Hantaran di Instagram itu sekali gus mengundang ratusan ribu ucapan tahniah daripada para peminat.

Menerusi laman sosial Instagram, isteri kepada pelakon dan pengarah, Hairul Azreen itu terdahulu berkongsi foto percutian mereka sekeluarga di sebuah resort mewah di Maldives.

Baca juga: ‘Cantiknya Alisa. Sekejap jer dah besar.’ Hanis Zalikha kongsi video anak sambut hari lahir di spa kanak-kanak bikin warga maya teruja

Baca juga: Berundur ketika di puncak, Hairul Azreen umum bersara selepas 15 tahun, Malbatt Misi Bakara buah tangan terakhir

“Kenapa suami-suami suka posing pegang perut bikin sensasi?” titip Hanis di Insta Story.

Baca juga: ‘Pandainya Alisa, maintain senyum je. Nak dapat adik ye?’ Teman anak shooting, baby bump Hanis Zalikha jadi perhatian!

Baca juga:

Melalui hantaran pada 14 April itu, Hanis menerusi foto keluarga di sebuah restoran menampakkan baby bump.

Hantaran berkenaan menerima lebih 100,000 tanda suka dan ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat. Ujar mereka:

– “Congrats!!!!” – Janna Nick

– “Yeay congratulations.” – Fasha Sanda

– “Ehhh OMG ye ke ehh okay.” – Mira Filzah

– “Wah, looks like akan bertambah empat kepada lima tu.”

– “Yeayyy another junior Hanis and Hairul. Can’t wait!!!”

Iklan

– “Kite nampak baby bump😍.”

– “Aawww cute baby bump.”

– “Baby bump is too clear. Tahniah, moga ALLAH permudah semuanya.”

Spekulasi kehamilan Hanis hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini terutama menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Iklan

Namun pemilik jenama Cakenis dan LoveMasak tersebut masih mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’ mengenai perkara itu.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 7, dan Alisa Aisyah, 4.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!