Hanya 200 penonton dibenarkan hadir ke AJL36

AJL36
AJL36
A
A
A

ACARA muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada 6 Mac depan.

Berbeza dengan tahun lalu, penganjuran kali ini membenarkan kehadiran penonton bagi memberi sokongan kepada 12 finalis yang bertanding.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kebenaran tersebut bagaimanapun hanya terhad kepada 200 penonton sahaja berikutan kes Covid-19 yang masih tinggi.

“Tidak seperti tahun lalu, AJL pada tahun ini membenarkan kehadiran penonton, namun dengan jumlah yang sangat terhad.

“Dalam keadaan kes yang semakin tinggi, kita limitkan penonton kepada 200 orang sahaja. Mereka juga perlu mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan termasuk menjalani ujian calitan Rapid Test Kit (RTK).

“Kita memerlukan penonton di AJL. Penyanyi yang membuat persembahan memerlukan tenaga dan semangat daripada penonton untuk membantu persembahan mereka,” katanya pada sidang media AJL36 yang diadakan secara virtual pada Ahad.

Anugerah berprestij yang mengangkat komposer, penulis lirik dan penyanyi itu

bakal menyaksikan 12 lagu daripada genre berbeza berentap untuk dinobatkan sebagai juara.

Menerusi tema Ini Rentak Kita, AJL36 menampilkan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai hos acara kemuncak. Sementara Sissy Imann dan Sean LJE pula akan mengendalikan acara Karpet Merah AJL yang akan bersiaran di TV9 dan saluran YouTube TV3 Malaysia.

AJL36 bakal menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu, serta Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL.

(FOTO: TV3)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca