PENYANYI Nita Hamzah meluahkan rasa syukur berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci lebih seminggu lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Nita atau nama sebenarnya Norhanita Hamzah, 42, turut menitipkan ucapan terima kasih buat sahabat baiknya, penyanyi Datin Alyah yang memainkan peranan penting di sebaliknya kunjungan umrahnya itu.

“Hantaran ini adalah istimewa buat seseorang yang selalu nak melihat saya berjaya, nak saya senang dan yang paling penting nak bawa saya ke rumah ALLAH SWT.

“Alhamdulillah syukur dengan izin ALLAH SWT, saya telah dipanggil ke rumah ALLAH SWT.

“Kalau mengikutkan kemampuan, saya belum mampu untuk ke sana, tetapi disebabkan saya dikurniakan seorang sahabat yang ALLAH SWT hantar kepada saya, apa yang saya impikan tercapai jua,” kongsi Nita.

Tambah penyanyi Hadirlah Cinta itu lagi, dia bersyukur dikurniakan seorang sahabat yang menerima baik buruknya.

Iklan

“Walaupun saya bukanlah seorang sahabat yang sempurna tapi dia menerima saya seadanya.

“Sepanjang di Mekah dan di depan Kaabah, nama awak (Datin Alyah) langsung saya tidak ditinggalkan atau lupa. Noor Hasliah Abu Hassan, hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalas apa jua yang awak lakukan buat saya. Tak terbalas dibuatnya.

Iklan

“Hanya ALLAH SWT sahaja tahu betapa sayangnya saya pada awak. Maafkan saya sekiranya tidak sempurna sepanjang persahabatan kita. Semoga ALLAH SWT sahaja membalas kebaikan sahabatku ini,” luahnya.

(FOTO: INSTAGRAM NITA HAMZAH)