‘Harap awak tak bosan dengan saya’ – Ucapan sayu Elizad sempena ulang tahun keenam perkahwinan
PELAKON dan pengacara, Siti Elizad Shariffudin berkongsi luahan hatinya sempena ulang tahun perkahwinan yang keenam, hari ini.
Menurut Elizad, 36, hasratnya untuk mendiami rumah yang dibeli pada tahun 2018 itu bersama suami dan anaknya tidak kesampaian, setelah mengalami keguguran November lalu.
“Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan setelah ia siap pada tahun 2021, kami ada zuriat sendiri.
“Nampaknya kita masih lagi berdua sayangku dan isteri awak ini terpaksa jadi ‘baby kecik’ untuk meriahkan keluarga kecil kita.
“Harap awak tak bosan dengan saya, memandangkan isteri awak ini belum ada rezeki nak beri awak zuriat sendiri.
“Selamat ulang tahun keenam sayangku. Terima kasih selalu layan, sabar dan lindungi saya. Insya-ALLAH kita sama-sama doa dan terus berdoa lagi,” tulisnya.
Perkongsian Elizad itu menarik perhatian ramai termasuk rakan selebriti dan rata-rata mendoakan pasangan itu mendapat cahaya mata secepat mungkin.
Personaliti itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.
Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan (IVF) November lalu, namun hanya selepas seminggu dilaporkan hamil, dia mendedahkan telah mengalami keguguran.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang