PELBAGAI aktiviti menarik menanti warga Kuantan bersempena Hari Pelanggan Astro yang akan berlangsung selama empat hari bermula 2 hingga 5 Disember ini di East Coast Mall, Kuantan, Pahang.

Antaranya ialah Happy Hour Bersama Go Shop, aktiviti menggelecek bola atau ‘football dribbling’, pengalaman tontonan dalam dunia realiti dan maya menerusi ciri Augmented Reality (AR) Netflix, bergambar bersama watak-watak siri Squid Games, kem badminton dan banyak lagi.

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi bermacam-macam hadiah dan mendapatkan Ultra Box secara percuma di sesi itu nanti.

Tidak ketinggalan buat mereka yang ingin mendaftar pek langganan baharu Astro yang dilancarkan baru-baru ini juga boleh berbuat demikian.

Pek-pek baharu tersebut direka khas untuk pelanggan yang menggemari dunia penstriman di mana menerusi tawaran itu, pelanggan boleh menstrim Netflix menggunakan peranti Astro dan menikmati lebih nilai dan penjimatan.

Menariknya lagi, pelanggan turut berpeluang membawa pulang edisi terhad pakaian jumpsuit dan topeng ikonik siri Money Heist dengan setiap pendaftaran pek bundle Netflix.

Iklan

Jangan lupa, janji temu anda sekeluarga di Hari Pelanggan Astro, pada Khamis hingga Ahad ini, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Seisi jelajah Hari Pelanggan Astro akan menutup tirai di lokasi terakhir, Aeon Mall Tebrau City, Johor Bahru pada 7 hingga 12 Disember ini.

Iklan

 

(FOTO: ASTRO)