PELAKON Harris Annuar selamat disatukan dengan gadis pilihan, Asha Merican, pada Sabtu.

Hanya dengan sekali lafaz, Harris atau nama penuhnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, kini begelar suami kepada Asha, 25, juga merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik.

Pada majlis ijab qabul yang disaksikan keluarga dan rakan-rakan terdekat, bekas peserta Hero Remaja edisi 2017/2018 itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1001 kepada pengantin perempuan.

Dalam kemeriahan majlis tersebut, Harris bagaimanapun tidak menahan emosi saat menerima ucapan tahniah dan pelukan daripada ibunya yang juga merupakan seoarang usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.

Iklan

Difahamkan Harris dan Asha telah menjalinkan hubungan cinta secara diam-diam sejak empat tahun lalu dan saling menyokong dalam kerjaya masing-masing.

Iklan

(FOTO: Instagram Harris Annuar)