HASRAT penyanyi dan rapper, Caprice untuk melakukan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice telah bertolak seorang diri ke Gaza malam tadi setelah mendapat kebenaran pada saat akhir.

“Please doa for me Malaysia. Last minute Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza. Cuma kena pergi ke sana seorang diri malam ini (malam tadi).

Iklan

“Maafkan segala salah dan silap, halalkan makan dan minum. Insya-Allah satu hari nanti, saya akan buat anda semua bangga.

Iklan

“Demi ummah, rakyat, negara. #rapatkansaf2040,” tulisnya.

Sebelum ini, Caprice pernah menyakan perancangannya untuk mengikut jejak langkah Ustaz Ebit Lew dalam misi kemanusiaan ke Gaza.