"Hati ibu paling hancur, namun telah memaafkan" - kakak Nia Ramadhani
PERSEKITARAN yang baik dan hubungan positif antara ahli keluarga akan meningkatkan harga diri, rasa selamat, keyakinan dan kemahiran bersosial.
Begitulah yang boleh digambarkan kepada keluarga pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani.
Walaupun aktres cantik itu kini didakwa penyalahgunaan dadah, namun adik-beradiknya setia di sisi memberi sokongan moral.
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram kakaknya, Talitha Elizabeth, beliau mencoretkan kata-kata semangat dan sokongan buat adik tersayang.
Menurutnya, keluarga sudah memaafkan kesalahan Nia dan percaya ada kebaikan dan hikmah di sebalik musibah yang dilalui.
"Adik saya sudah mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada kami dan masyarakat. Kami sekeluarga sudah memaafkan terutama ibu yang melahirkannya."Hati dialah yang paling hancur, tetapi ibu juga sudah mengampuni adik saya. Walaupun dengan tangisan dan air mata, cintanya tetap tidak akan berubah pada Nia," tulisnya.
Dalam pada itu, Talitha juga menitipkan rasa syukur terhadap Nia di atas segala ujian dan dugaan daripada ALLAH untuk kebaikan diri.
"Bersyukur.. bersyukur.. bersyukur.. Hanya kata-kata itu yang terungkap dalam fikiran saya. Hanya kata-kata itulah yang saya ucapkan berulang-ulang kepada Nia."Setiap manusia tidak terlepas daripada kesalahan. Bersyukur kerana sehingga hari ini masih diberi ujian dan dugaan daripada ALLAH.
"Ini kerana ALLAH masih sayang. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini," ujarnya.
Selain itu, Talitha turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan doa buat Nia.
Artikel berkaitan: Cengkung, pucat muka Nia Ramadhani, akui 5 bulan hisap syabu tekanan kerja
"Terima kasih kepada sahabat dan masyarakat yang beri sokongan dan doa. Kakak selalu mendoakan terbaik untuk adik. Apa yang kamu lakukan, baik dan buruknya, kamu tetap adikku!" katanya.
Terdahulu, hasil ujian air kencing dijalankan mendapati Nia, 31, dan suaminya, Ardi Bakrie berusia 42 tahun positif dadah jenis methamphetamine (syabu).
Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat dan mengakui mengambil bahan terlarang terbabit sejak lima bulan lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang