Hattan simpati nasib generasi baharu

A
A
A

PENYANYI Datuk Hattan berharap setiap stesen televisyen yang menganjurkan program realiti nyanyian mempunyai perancangan khusus terhadap ‘produk’ keluaran mereka.

Ujar Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, beliau sedih melihat nasib artis baharu yang terkapai-kapai untuk mencipta nama dalam industri.

“Kebanyakan penyanyi yang lahir daripada program nyanyian, sele­pas setahun dua mereka pun meng­hilang. Saya rasa tidak boleh nak salahkan stesen TV semata-mata. Bagi saya walaupun peserta bu­kan top 3, tetapi jika betul percatu­rannya, tidak mustahil boleh jadi artis ternama.

“Cuma pada pandangan saya, stesen TV juga perlu ada peranca­ngan khusus sekurang-kurangnya untuk juara sehingga pemenang tempat ketiga,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mic On! musim kedua di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hattan bertindak selaku juri tetap dalam program itu bersama Datuk Awie dan Mas Idayu.

Tambah figura berusia 57 tahun itu, beliau berasa kasihan melihat kelangsungan kerjaya artis masa kini yang hanya bergantung kepada single semata-matanya.

Jelasnya, ia berbeza dengan in­dus­tri muzik dahulu, di mana setiap artis berpeluang menghasilkan album.

“Kebanyakan artis sekarang tam­pil dengan single sahaja, jadi tidak ada yang boleh jadi big artist. Kelangsungan kerjaya mereka hanya bergantung pada single. Berbeza ketika za­man saya, Awie, Mas Idayu, kami ada al­bum dan Alhamdulil­lah kami masih ber­tahan sehing­ga se­ka­rang.

“Saya selalu pesan pada generasi baharu, kalau ada modal, buat album, promosi melalui YouTube. Kalau harapkan single, memang tak ke mana,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya menge­nai trend artis muda yang memilih untuk menyanyikan semula lagu lama, Hattan berkata, tidak ada istilah menumpang populariti lagu lama, sebaliknya ia secara tidak langsung membantu komposer lama untuk kembali bernafas.

“Bagi saya menyanyikan semula lagu lama ini adalah sebahagian daripada pemasaran. Tetapi sebenarnya bagus juga.

“Apatah lagi, melodi lagu dulu memang sangat kuat, sebab itu orang panggil lagu malar segar. Secara tidak langsung dapat juga membantu komposer lama.

“Tidak ada istilah tumpang populariti sebaliknya saya lihat ia sebagai cross over market, ma­cam ketika saya bekerjasama de­ngan Waris sebelum ini,” jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca