Haziq Hussni tinggalkan Hot FM

HAZIQ HUSSNI
HAZIQ HUSSNI
A
A
A

PENGACARA dan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni secara rasminya berundur daripada stesen penyiaran itu setelah sembilan tahun bersama.

Menurut Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, dia sudah merancang untuk tidak menyambung kontrak sejak akhir tahun lalu dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan.

"Niat saya untuk tidak menyambung kontrak telah diberitahu kepada pihak pengurusan sejak akhir 2021 dan setelah berbincang, saya secara rasminya mengakhiri tugas pada hari ini

"Buat masa ini saya akan fokus kepada beberapa perkara dahulu seperti perniagaan, pengacaraan TV dan acara serta meluangkan masa bersama keluarga lagi-lagi saya baru sahaja menimang cahaya mata ketiga.

"Insya-Allah akan ada perancangan baharu dalam karier saya yang akan diumumkan pada masa yang bersesuaian.

"Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Haziq turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak pengurusan, krew, rakan-rakan sekerja, rakan media dan semua yang terlibat dalam perjalanannya di Hot FM.

Sekadar info, Haziq Hussni memulakan tugas di Hot FM pada Mac 2013 sebagai Zoomerz dan seterusnya menjadi penyampai radio pada Oktober 2014.

Selain menjadi penyampai, Haziq juga turut mengendalikan beberapa program TV seperti Muzik Muzik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca