Hidap masalah autoimun sejak kecil, Elizabeth Tan dedah rahsia
PELAKON dan penyanyi, Elizabeth Tan mendedahkan menghidap penyakit autoimun sejak kecil dan menyebabkan dia mengalami masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal.
Jelas Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, 29, penyakit yang dihadapi itu menyebabkan dia mengalami tompokan botak di kepala dan kadang-kala merebak menjadi besar.
"Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.
"Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepasa krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi," katanya ketika ditemui di sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Baca juga: Kuku tercabut, badan lebam-lebam, Elizabeth Tan tetap tersenyum
Tambah Lizzy, dia tidak pernah berkongsi mengenai penyakitnya sebelum ini kerana enggan meraih simpati orang ramai.
Bahkan penyanyi yang hits dengan lagu Knock Knock itu tidak menafikan ia sedikit sebanyak mengganggu kerjanya.
Baca juga: Berita saya sudah berkahwin adalah benar – Elizabeth Tan selamat bergelar isteri
"Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan, tetapi saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami.
"Cuma disebabkan masalah yang saya hadapi, saya terpaksa menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki.
“Saya bimbang rambut lambat tumbuh dan alopesia kembali menyerang selepas saya memotong rambut," jelasnya yang tidak menafikan bimbang untuk hamil kerana tidak mahu penyakit sama diwarisi anak yang bakal lahir.
Baca juga: Elizabeth Tan kongsi tip atasi depresi, hampir meragut nyawa sendiri. Bersyukur ibu sentiasa di sisi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang