Hillary Duff dakwa alami jangkitan mata akibat swab test, pakar tampil perjelas hal sebenar
BARU-baru ini, penyanyi dan pelakon Hilary Duff memaklumkan dia terpaksa mendapat rawatan di sebuah hospital setelah mengalami jangkitan pada bahagian mata.
Dakwa Duff, dia mendapat jangkitan itu kerana terlalu kerap melakukan ujian calitan Covid-19.
"Terpaksa ke bahagian kecemasan. Saya mengalami jangkitan di mata selepas beberapa ujian Covid-19 di tempat kerja.
"Mata saya kemudiannya mula nampak pelik dan sakit... sangat!," tulisnya di laman Instagram.
Tambah Duff, matanya semakin baik selepas pengambilan antibiotik.
Bagaimanapun seorang doktor, Christopher F. Thompson menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan, ujian swab yang dibuat bagi mengesan kewujudan virus Covid-19 tidak akan menyebabkan jangkitan pada bahagian mata.
“Calitan yang dibuat bagi mengambil mukus adalah pada bahagian belakang hidung dan tekak.
“Mata dipisahkan dari rongga hidung oleh lapisan berserat yang disebut periorbita, serta tulang (lamina papyracea).
“Saluran air mata memang mengalir ke rongga hidung, tetapi alat calitan itu tidak mengganggu saluran air mata ini.
“Oleh itu, calitan di hidung tidak boleh menyebabkan jangkitan mata,” jelasnya.
Sebaliknya jangkitan pada bahagian mata boleh berlaku disebabkan bakteria dan sebaik-baiknya cuci tangan sebaiknya dan gunakan sanitizer.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang