RAIKAN Syawal yang dinantikan dengan pelbagai program khas terbutan Radio Televisyen Malaysia (RTM)  yang disiarkan secara eksklusif menerusi TV1, TV2 TV Okey, Berita RTM dan Sukan RTM di kesemua 34 stesen radio RTM.

Tahun ini, RTM Teman Setia Anda memperkenalkan tema Indahnya Syawal yang menandakan indahnya memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja terutama dalam bulan penuh keampunan ini.

Sajian program terpilih merangkumi program majalah dan dokumentari, berita, hiburan, filem serta drama menarik dan menghiburkan.

Saluran TV1 tampil dengan program, siaran langsung Gema Takbir 2021 terbitan JAKIM pada malam raya jam 9 malam. Program ini turut memaparkan topik berkenaan sambutan raya daripada sudut pandangan Islam, selain diselangi dengan takbir dan nasyid raya.

Pelbagai program menarik lain termasuk siaran langsung Solat Sunat Aidilfitri (8 pagi), Riang Syawal (9.30 pagi), Kami Datang Nak Raya (2 petang),  Syahadah Khas Raya (6.30 petang) dan Forum Perdana Ehwal Islam (9 malam).

Diikuti Solehah Khas Raya, Kome Nak Raya, Pesona XY Raya, Kalut, Cikgu Amy, Doa Terindah, Kung Fu Panda 3, Bujang Beraya Bersama, Aku Bukan Malaikat dan lain-lain.

Sementara saluiran TV2 menampilkan filem Terminator Genisys pada 12 Mei, jam 9 malam. Manakala raya pertama menampilkan program Padi Reborn (1 tengahari), Bumblebee (3 petang), Che Milah Raya (8.30 malam) dan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (9 malam).

Turut menyusul drama Mat Biec A.K.A Dreamy Eyes, Railroad Tiger, Temasya Aidilfitri #gengrayaKL, Cinta Laki-Laki Biasa, #HTV! Seronok Weyy Raya, Biker Kental 2, Hotspot Raya Weyyy! dan Muhjse Shaadi Karoge.

Antara yang turut menarik perhatian tentunya tiga koleksi program throwback artis terkenal iaitu Istimewa Bersama KRU, Istimewa Bersama Liza Hanim dan Istimewa Bersama Realiti TV yang juga mengisi slot Retro di TV2.

TV Okey tidak ketinggalan dengan program menarik seperti Lensa Deko, Surf This Love, Untuk Tiga Hari, #Hotd – House Of The Day, Infiniteen, Tuhan Masih Ada, Sinar Yang Dinanti dan Najiha.

Aidilfitri tahun ini turut menarik penglibatan saluran Sukan RTM berkongsi dua program khas iaitu bual bicara Planet Sukan Khas Raya dan Interaktif Sukan Khas Edisi Raya di Saluran 111 my Freeview.

Iklan

Dengan kelebihan sebagai medium yang boleh didengari di mana-mana sahaja, 34 stesen radio RTM turut menawarkan pelbagai rancangan menepati citarasa pendengar sepanjang Syawal.

Antara yang istimewa di NASIONALfm, ialah program Syawal 7 Frekuensi, yang menggabungkan penyampai-penyampai dari tujuh stesen di ibu pejabat dengan tema Tak Balik Kampung Lagi.

Diikuti program Pujaan 10 Raya, Drama Khas Aidilfitri, Seloka Raya NASIONALfm dan Raya Norma Baharu.

Iklan

Radio Klasik pula tampil dengan program Jalinan Kasih Aidilfitri Radio Klasik, Puisi Khas Raya, Cubit-Cubit Manja Raya The Muzikal, Adila Khas, Mustaqeem Khas Hari Raya Aidilfitri dan Drama Khas Raya.

Tidak ketinggalan rancangan-rancanganm menarik di KLfm, ASYIKfm, TRAXXfm, Aifm, MINNALfm  dan radio-radio negeri.

Untuk informasi lengkap berkenaan program raya siaran RTM, boleh melayari laman sesawang RTM menerusi pautan rtmklik.rtm.gov.my.