HOC belum terima notis tuntutan Search

Search
Search
A
A
A

SYARIKAT Home Of Champions (HOC) menerusi pengurusnya, Mozylir Mokhtaruddin mengesahkan belum menerima sebarang notis tuntutan daripada kumpulan Search sehingga hari ini.

Terdahulu syarikat tersebut didakwa menggunakan jenama kumpulan rock Search tanpa kebenaran untuk menjual pakaian dan aksesori di beberapa laman web, termasuk www.fenomenasearch.com

Menurut Mozylir dalam satu kenyataan kepada media, sehingga kini pihaknya belum menerima apa-apa notis tuntutan daripada Search.

Bagaimanapun bagi menjawab kenyataan yang dibuat Amy dan Nasir Search pada 20 Mei lalu, Mozylir berkata, HOC bakal mengadakan sebuah sidang media secara virtual pada Jumaat ini.

“Untuk segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap perkara ini, akan dijelaskan kepada umum ketika sidang media virtual pada 28 Mei ini (Jumaat), jam 3 petang.

“Sidang media ini akan turut dihadiri oleh barisan peguam kami dan pihak Search Band untuk menjawab segala tuduhan dan pertanyaan dari wakil media,” katanya.

Dalam pada itu, Mozylir turut memaklumkan operasi perniagaan mereka masih berjalan seperti biasa, termasuk urusan pemasaran.

Minggu lalu, penyanyi Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abd Rahman , Nasir Daud (pemain gitar bass) dan waris Allahyarham Yazit Ahmad, Shamirnuri, 36, memberi tempoh kepada HOC untuk menghentikan kegiatan dan perniagaan yang didakwa menggunakan nama dan jenama kumpulan Search.

Jika perkara tersebut masih berterusan, Search tidak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang berkaitan isu hak cipta dan harta intelek.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca