URA- ura yang mengatakan Datuk Afdlin Shauki sudah menamatkan zaman dudanya mula diperkata ramai sejak tahun lalu.

Namun, tuan punya badan enggan berkongsi lanjut.

Terbaharu, pelakon dan pengarah berusia 53 tahun itu akhirnya mendedahkan isterinya, yang dikenali sebagai Datin Marcella, kepada media.

Baca no Anak, bekas isteri kenal & restu, Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin

Afdlin

Menurut beliau, wanita kesayangannya itu kini menguruskan salah satu cabang perniagaannya.

“Sebelum ini, beliau bekerja dengan saya. Tapi, sekarang sudah jadi bos dan menguruskan salah satu perniagaan saya,” kata Afdlin.

Sementara itu, Marcella dalam perkongsiannya memberitahu, itu adalah pengalaman baharu buatnya.

Pun demikian, wanita berusia 28 tahun itu melaluinya dengan tenang, memandangkan sudah mengenali sikap suaminya yang cukup menjaga privasi.

“Alhamdulillah bahagia. Tak tahu nak cakap apa sebab ini kali pertama berkahwin dan merupakan pengalaman baharu buat diri saya.

“Soal tidak mendedahkan daripada awal hubungan kami, saya okay sahaja sebab Abang Afdlin memang dari dahulu begitu. Saya memang bekerja dengannya sebelum ini dan dia memang sangat menjaga privasi. Jadi, saya pun macam biasa, okay,” tuturnya.

Baca juga Perkahwinan Afdlin Shauki, isteri sudah tiga bulan berakhir

Afdlin shauki

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai sebab merahsiakan perkahwinan mereka selama ini, Marcella menjelaskan, itu adalah atas permintaan arwah ayahnya.

“Ayah saya meninggal April tahun lalu. Itu pun salah satu sebab juga kenapa kami jaga privasi. Arwah ayah saya sakit dan itu adalah permintaannya sebelum beliau meninggal.

Iklan

“Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Arwah memang minta untuk percepatkan dan alhamdulillah kami dapat tunaikan sebelum ayah meninggal dunia.

“Saya dahulu, memang saya doakan nak seseorang yang seperti ayah saya. Alhamdulillah, ciri-ciri itu ada dalam keperibadiannta (Afdlin),” ujarnya.

Untuk makluman, Afdlin sebelum itu pernah berumah tangga dengan Maria Christina Orow Abdullah pada 1997. Namun, mereka kemudiannya bercerai pada April 2022.

Baca lagi Elak salah faham, Afdlin Shauki beri penjelasan

Iklan

Afdlin shauki 1Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!