WANITA perlu hormati wanita.

Demikian luah pelakon Zahirah MacWilson berkaitan isu kehadiran orang ketiga atau dikenali sebagai penyondol yang sedang hangat diperkatakan.

Isteri Aiman Hakim Ridza itu berkongsi kekecewaannya berhubung isu tersebut dan menyifatkan ia tidak sepatutnya dilakukan oleh wanita kepada wanita yang lain.

“Saya menyelami perasaan para isteri yang terpaksa melalui situasi rumah tangga.

“Wanita perlu menghormati wanita lain dan berhenti menjadikan ‘tingkah laku tidak sopan’ itu sebagai sesuatu yang normal,” kongsinya di IG Story.

Baca juga: #SiBibirMerah: Setia lelaki teruji bila miliki segala. Orang ketiga jangan bina bahagia atas derita wanita lain

Baca juga: Mahu berkongsi kasih dengan suami orang? Ikut peraturan, jangan menyondol sesuka hati!

Baca juga: ‘Saham suami orang tinggi, ujian seorang wanita adalah lelaki’ – Ustaz Wan Akashah

Aktres yang kini sedang sarat hamil anak keduanya bersimpati kepada wanita yang menjadi mangsa keadaan dan menyelar tindakan wanita yang sanggup meruntuhkkan rumah tangga wanita lain.

“Lebih-lebih lagi apabila (pasangan terlibat) memiliki anak. Memecah belahkan sebuah keluarga adalah tidak bermoral,” tegas Zahirah.

Baca juga: ‘Cium perut, cakap dengan baby.’ Zahirah MacWilson kongsi gelagat Isaac Raees teruja bakal dapat adik

Iklan

Baca juga: ‘Suami orang’ kini lebih laris, Che Ta nasihat wanita tak perlu tayang muka pasangan

Zahirah

Untuk rekod, Zahirah dan Aiman berkahwin pada 20 Februari 2020 selepas mengikat tali pertunangan selama lapan bulan di Perth, Australia.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari 2021.

Iklan

Pelakon kacukan British-Melayu itu juga bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!