MENDEPANI masalah atau kontroversi dengan mengambil sikap berdiam diri dan berlapang dada, pendekatan yang diambil Zahirah MacWilson dan  Aiman Hakim Ridza  baru-baru ini meraih pujian ramai.

Bahkan, apabila hal tersebut sekali lagi dibangkitkan kepada pasangan sejoli itu, ini jawapan padu yang diberikan kepada pihak media.

“Kalau nak komen, sudah lama saya berbuat demikian. lagipun anda sendiri sudah nampak selama ini macam mana, kan,” ujar Aiman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran wajah jenama Clarks bagi koleksi istimewa lebaran di pusat beli-belah terkemuka.

Baca ni ‘Confirm cantik. Alhamdulillah rezeki anak-anak.’ Zahirah MacWilson kongsi progress rumah impian buat warga maya teruja!

Zahirah

Sekadar makluman, pihak Clarks dalam satu kenyataan memberitahu,  keluarga bahagia Aiman dan Zahirah memperagakan produk terbaharu daripada koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2024.

Mengulas lanjut mengenai pembabitan mereka sekeluarga sebagai wajah kempen dengan membabitkan anak sulungnya, Isaac Raees bagi jenama tersebut, Zahirah mengakui itu pembabitan mereka buat kali kedua.

“Alhamdulillah, ini rezeki kami sekeluarga apabila terpilih untuk wajah kempen untuk kasut Clarks sempena raya. Sebagai ibu, saya bangga bila wajah anak terpampang di butik berkenaan. Sepanjang shooting, tiada sebarang masalah dan Isaac memberi kerjasama yang cukup baik. Mungkin kerana dia sudah biasa ikut saya shooting sebelum ini.

“Walaupun dia ada masa makan, minum susu dan sebagainya, pihak produksi tiada sebarang masalah kerana faham mereka bekerja dengan kanak-kanak,” ungkap Zahirah yang memberitahu usia kandungannya kini enam bulan.

Baca juga Ibu Zahirah McWilson sedih anak dihina, puji kecantikan dimiliki semula jadi. ‘Berhenti serang & buli wanita hamil’

Zahirah 1

Mengakui berat badannya kini naik 10 kilo sepanjang kehamilan, pemilik nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson tetap aktif walaupun sudah memasuki trimester ketiga.

“Setakat ini tiada masalah dan saya akan terus bekerja selagi boleh kerana masih kuat lagi. Soal persiapan masih belum beli apa-apa lagi terutama barang baby dan kami juga sudah tahu jantina anak kedua ini.

“Isaac memang sangat teruja, setiap hari akan cium perut dan cakap dengan baby. Malah, dia juga sudah beritahu semua orang, bakal jadi abang tak lama lagi,” ujar Zahirah yang mengakui anak sulungnya itu nampak semakin matang.

 

SAMBUT RAYA RUMAH BAHARU

Bakal menyambut ramadan dan raya di sini, Aiman turut ditanya mengenai kandungan isterinya kali ini.

“Saya pun tidak tahu daripada masa tenaga yang dia (Zahirah) dapat. Hamil kali ini memang dia cukup aktif. Bukan itu sahaja, selera dia pun berbeza kali inil lebih kepada Melayu sedikit. Kalau sebelum suka menu ‘healthy’ tetapi kali ini dia suka makan nasi lemak, air bergas yang mana itu adalah menu kegemaran saya,” ujar Aiman lagi.

Aiman turut berkongsi keterujaan bakal menyambut Syawal di rumah baharu mereka. Lebih istimewa lagi kedua-dua belah keluarga akan turut beraya bersama.

Baca juga Tahniah! Zahirah MacWilson hamil anak kedua, Aiman Hakim Ridza tak sabar tunggu 2024. ‘See you number 2’

Zahirah 2

“Selain teruja bakal menimbang anak kedua, kami juga tak sabar nak beraya dengan keluarga di rumah baru ini. Kalau diikutkan memang sudah lama kami masuk rumah ini, cuma baru-baru ini,saya dan Zahirah buat sedikit pengubahsuaian. Alhamdulillah kini sudah siap sepenuhnya.

“Sebelum ini, kami mengupah orang untuk menyiapkannya, namun tidak berpuas hati dengan hasil tersebut. Jadi, saya nekad ambil cuti daripada menerima sebarang tawaran selama enam bulan dan fokus siapkan sendiri kediaman ikut pengetahuan yang ada,” ulas Aiman yang mementingkan keselesaan buat anak dan isterinya.

Baca lagi Sempena anniversary ke-4 Zahirah & Aiman, ayah dedah insiden malam pernikahan. ‘Gadai maruah’ demi bahagia anak menantu.’

RAHSIA PALING MAHAL

Iklan

Ditanya kenapa memilih untuk tidak mendedahkan nama pihak kontraktor yang tidak menyiapkan kediaman mereka sepertimana yang dilakukan selebriti lain dalam media sosial, ini jawapan tuan punya badan.

“Dalam hidup semuanya berbalik kepada diri sendiri. Kalau ada masalah dan sebagainya, media sosial bukan jalan yang terbaik untuk luahkan segalanya. yang penting apa impian kita, itu yang harus dicapai. Saya berpegang kepada apa-apa sahaja sekali pun kita yang buat dia, jadi pastikan matlamat tercapai.

Baca lagi (Video) Zahirah Macwilson kongsi tip gaya seluar jean untuk wanita hamil

Zahirah 3

“Walaupun rugi kerana sudah bayar tetapi saya anggap ketidaksempurnaan orang itu bukan untuk dikritik kerana sekurang-kurangnya ada juga sumbangannya. Kita pun dapat belajar dan ambil ia sebagai iktibar. Bab rugi itu bukanlah yang sangat penting, yang utama adalah selesaikan masalah tersebut.

“Kekayaan yang terbaik di dunia ini adalah rahsia. Ia adalah benda yang paling mahal yang tidak boleh dibeli dengan duit atau harta. Sebab itu dalam berkongsi sesuatu di media massa, jika kami rasa sesuai untuk dikongsikan, maka barulah akan berbuat demikian,” tegas beliau lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Iklan