Hot FM dan 17 Eleven Music bergabung hasilkan dua lagu raya

Untitled design (56)
Untitled design (56)
A
A
A

BUAT julung kalinya, stesen radio popular tanah air, Hot FM bekerjasama dengan syarikat rakaman 17 Eleven Music menghasilkan dua lagu raya iaitu Salam Dari Jauh dan Indahnya Syawal yang dilancarkan secara rasmi sejak 30 April lalu.

Menariknya, menerusi projek ini menyaksikan barisan penyanyi terkenal merakamkan lagu dan menyanyi bersama barisan penyampai radio Hot FM.

Penyanyi terdiri  daripada Shila Amzah, Siti Nordiana, Ezwan Ariff, Adzrin, Achey, Zulin Aziz, Amylea Azizan dan Achey. Sementara penyampai pula adalah Mark Adam, Fizie, Riena Diana, Haziq, Deen, Fad dan Zetty.

Lagu Salam Dari Jauh dan Indahnya Syawal adalah ciptaan sepenuhnya Rudy Nastia, Shamin Nazri, Hafiz Karim dan Mubin Ismail.

Ketua Audiens Melayu Hot FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, projek ini sesuatu yang istimewa sekali gus dapat memeriahkan lagi sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

“Sebelum ini Hot FM pernah bekerjasama menghasilkan lagu raya. Ketika itu zaman penyampai Faizal Ismail, Fara Fauzana, AG dan ramai lagi. Kiranya, untuk tahun 2021 ini kami mengembalikan semula nostalgia itu dengan berkolaborasi pula dengan 17 Eleven Music.

“Apa yang penting, projek sebegini sedikit sebanyak mengeratkan lagi silatutahim kedua pihak sekali gus dapat memeriahkan industri hiburan tempatan dengan penerbitan lagu raya. Walaupun setahun sekali, tapi ia keceriaannya akan kekal diingati,” katanya.

Sementara itu, Pengarah syarikat rakaman 17 Eleven Music, Roslan Adlie berkata, kerjasama dengan Hot FM memberikan satu lagi pengalaman berharga buat mereka.

“Idea ini timbul apabila memikirkan raya tahun ini disambut dalam suasana sederhana. Ditambah apabila kerajaan melaksanakan larangan rentas negeri atau balik kampung.

“Tentu saja situasi ini akan menggamit memori beraya di kampung bersama keluarga dan sanak saudara. Jadi, kami menghasilkan dua lagu yang menggambarkan situasi semasa. Sekurang-kurangnya, lagu ini dapat menceriakan suasana,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca