GEMPA bumi berukuran 6.9 dan 6.6 magnitud melanda Laut Bali, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa itu berlaku kira-kira 3.55 pagi Selasa, Waktu Jakarta.

Gempa pertama berukuran 6.9 magnitud berlaku 190 kilometer (km) utara dari Mataram, Indonesia di mana pusat gempa di 7.0 darjah Selatan dan 116.6 darjah Timur dengan kedalaman 526 km.

Manakala gempa kedua yang berukuran 6.6 sekali lagi melanda Laut Bali berlaku pada 4.08 pagi.

Difahamkan, pusat gempa kedua itu 174km Barat Laut dari Bima, Indonesia dengan kedalaman 519 km.

Baca juga: Heliza Helmi memanah sambil tunggang kuda, warga maya kagum, aurat tetap terjaga

heliza hazwani

Terdahulu, gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 1.59 pagi.

Bagaimanapun, ketiga-tiga gempa tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Nurheliza Helmi berkongsi momen melalui detik cemas ketika berada di lokasi gempa.

Ujar Heliza, beliau sedang berada di hotel penginapan merasa gegaran ketika bencana berkenaan berlaku.

“Kak Ja tiba-tiba tersedar daripada lena asbab daripada penginapan kami bergoyang kuat.

“Mula-mula Kak Ja blur. Apa yang sedang berlaku, hotel bergoyang ke kiri dan ke kanan.

“Gegaran itu agak lama, hinggakan sampai pintu-pintu semua berbunyi!” kongsinya.

Baca juga: ‘Panggil kak Ja saja…’ – Heliza Helmi terbuka tanpa gelaran Datin Seri

heliza hazwani

Biarpun panik dan tidak pasti situasi yang berlaku, Heliza tetap memastikan aurat terjaga.

“The first thing, terus capai jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa berlaku.

“Selepas itu hubungi pihak hotel untuk bertanya. Mereka beritahu ada gempa bumi! Innalilahi wainna ilaihi rojiun.

“Apabila membuat carian di Google belum ada kemaskini. Selepas beberapa minit Google semula, sahih, memang berlaku gempa bumi,” kongsinya.

Iklan

Warga maya menitipkan doa agar penyanyi itu dalam keadaan selamat. Warganet tidak kurang berkongsi pengalaman menghadapi gempa bumi di lokasi yang berbeza.

– “Semoga selamat semuanya Kak Ja.”

– “Innalillahi wainna ilaihirojiun. Moga ALLAH selamatkan semua.”

– “Sama kami sekeluarga di Bali rasa bergegar tiga empat kali juga. Anak merengek tiba-tiba rasa bergegar. Semoga ALLAH lindungi kita semua.”

– “Semoga kita selamat dan dilindungi ALLAH. Saya di Ubud, Bali pun rasa gegaran kuat. Tengah mamai bangun jadi blur. eh gempa bumi ni.”

– “Saya dapat notifikasi 7.0 magnitud di Bali Sea, Allahuakbar. Hasbunallah wa nikmal wakeel. Fi hifzillah Kak Ja dan keluarga.”

Iklan

Biarpun panik dan tidak pasti situasi yang berlaku, Heliza tetap memastikan aurat terjaga.

Baca juga: Jihad Heliza & Hazwani tak pernah luntur, ikhlas bantu semua orang termasuk haiwan. Ada lagi tambahan misi mereka…

Sumber: MetMalaysia 1 , 2, Instagram Nurheliza Helmi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!