Hubungan pelakon Ryu Jun Yeol dan Han So Hee berakhir, bertahan cuma 2 minggu

Copy of Copy of gambar portal_20240401_005930_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240401_005930_0000
A
A
A

 

HANYA dua minggu bertahan, pelakon popular Korea Selatan, Han So Hee dan Ryu Jun Yeol dikatajan sudah menamatkan hubungan pencintaan mereka.

Perpisahan itu berlaku pada 30 Mac lalu.

Agensi So-hee, 9ATO Entertainment mengeluarkan kenyataan mengesahkan pasangan itu telah berpisah.

“So Hee dan Jun Yeol telah putus cinta. Mereka sedar bahawa peranan sebagai pelakon lebih besar dan berjanji untuk tidak mencampur-aduk sebarang emosi dalam hal peribadi lagi,” katanya.

Tambahagensiutu lagi, aktres tersebut kesal dengan cara beliau menangani isu melibatkan perihal peribadi dan memohon maaf kerana gagal mengawal emosi.

"So Hee bersedia menerima kritikan. Kami sedang bermuhasabah. Walaupun sudah lewat, kami cuba membetulkannya mulai sekarang,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, pelakon drama bersiri The World If The Married mengesahkan bahawa beliau sedang menjalin hubungan cinta dengan Jun Yeol.

Pengakuan itu dibuat sehari selepas khabar angin percintaannya dengan aktor itu tersebar dalam talian.

Kedua-dua mereka kemudian dilihat bercuti bersama di sebuah hotel mewah di Hawaii.

Hubungan selebriti itu meraih perhatian netizen selepas Jun Yeol tidak menunggu lama menjalinkan percintaan dengan So Hee sejurus menamatkan hubungan tujuh tahun dengan bekas teman wanitanya, penyanyi dan pelakon Hyeri, pada November 2023.

Sumber : Edaily

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca