Hujan Duit Suria tawarkan hadiahkan wang tunai RM50,000

SURIA FM
SURIA FM
A
A
A

SURIA FM terus berkongsi rezeki bersama pendengar setia menerusi peraduan Hujan Duit Suria yang menawarkan wang tunai dan pelbagai hadiah bonus menarik berjumlah RM50,000.

Peraduan yang bermula pada 6 September hingga 15 Oktober itu memberi peluang pendengar meneka penyanyi dan judul lagu yang dimainkan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Setiap jawapan yang betul akan memenangi wang tunai RM100 dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya. Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik di waktu bonus.

Bermula pada 30 Ogos hingga 15 Oktober ini juga, pendengar boleh menyaksikan gelagat penyampai Suria dan rakan selebriti berbual mengenai perkembangan terbaharu mereka menerusi Live Chit Chat Suria pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, jam 9.30 malam di Instagram Suria Malaysia.

Antara barisan selebriti yang terlibat ialah Siti Nordiana, Naim Daniel, Amyra Rosli, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Lan Solo, Datuk Hattan, Amir Masdi, Aina Abdul, Daiyan Trisha, Haqiem Rusli, Shuib Sepahtu, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca