TIADA angin tiada ribut, penyanyi Haqiem Rusli melakukan kejutan apabila mengumumkan bakal berkahwin hujung tahun ini.

Pengumuman tersebut dilakukan Haqiem, 23, menerusi sesi live di Instagram miliknya sekitar jam 2 pagi, pada Ahad.

“Insya-ALLAH pada hujung tahun ini saya akan menamatkan zaman bujang. Saya harap peminat yang berfikiran matang akan menerima dan memahami.

“Disebabkan live ini saya beritahu awal. Itu sahaja. Tak adalah nanti ada yang terkejut,” katanya ringkas.

Menurut Haqiem, dia tidak mahu menyembunyikan berita baik daripada pengetahuan para peminat yang banyak menyokongnya selama ini.

Penyanyi Mimpi itu menerusi laman Twitter berkata, apa yang menggembirakan, berita itu disambut baik para peminat, terutamanya ahli kelab peminatnya, Qiemilio yang rata-ratanya memberikan reaksi positif.

Iklan

“Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.

“Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung, hujung tahun ini. Jujurnya, saya pun sudah menghadiri kursus kahwin, tahun lalu,” katanya.

Iklan

 

(FOTO: Instagram & Twitter Haqiem Rusli)