Ibu Amy Search meninggal dunia akibat sakit tua

Untitled design (44)
Untitled design (44)
A
A
A

ROCKERS terkenal, Amy Serach berkongsi khabar duka mengenai pemergian bonda tercinta, Fatimah Idris, 88, pada petang Ahad.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, ibunya meninggal tua akibat sakit tua di rumah anak saudaranya di Kota Damansara.

“Doakan ibu saya Hajah Fatimah Haji Idris, yang telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.

"Insya-ALLAH arwah mak akan dimandikan pada jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara,” kongsi Amy menerusi akaun media sosialnya.

Dalam pada itu, anak Amy, Nabila Huda turut berkongsi berita duka itu menerusi Insta Storynya.

“Assalamualaikum. Abil baharu sahaja kehilangan seorang lagi nenek. Fatimah Idris. Al-Fatihah,” tulisnya.

Takziah buat Amy dan Nabila daripada SinarPlus. Al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca