Ibu Khir Mohd Noor meninggal dunia akibat Covid-19
PRESIDEN Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Kapten (K) Khir Mohd Noor , berkongsi berita duka mengenai pemergian bonda tercinta, Umi Khalsom Mohd Din akibat Covid-19.
Menurut Khir, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 4.30 pagi, Jumaat setelah 10 hari bertarung nyawa.
Lebih memilukan, beliau baru sahaja kehilangan bapa, Mohamad Noor Safar, 95, pada 31 Mei akibat sakit tua.
"Saya sudah sebulan tidak bertemu dengan arwah kerana tinggal dengan adik. Kali terakhir, saya membuat panggilan video beberapa hari lalu. Keadaannya masih stabil lagi.
“Bagaimanapun pagi tadi adik saya menghubungi saya dan berkongsi khabar duka ini. Ujian dan dugaan ini cukup berat, namun saya kena tabah.
"Semoga Allah merahmati arwah ibu dan bapa kami," katanya seperti dilaporkan BH Online.
Tambah Khir, selain ibunya, enam lagi ahli keluarganya turut dijangkiti Covid-19.
"Mereka termasuklah abang, adik dan anak saudara saya. Dua daripadanya sedang bertarung nyawa di PPUM, manakala empat lagi sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah,” ujarnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang