Ibu mentua Linda Rafar meninggal dunia akibat Covid-19

Untitled design (26)
Untitled design (26)
A
A
A

PENYANYI Linda Rafar berkongsi khabar duka mengenai pemergian ibu mentua tersayang, Tuan Zainab Syed Mamat, pada malam Khamis akibat komplikasi selepas dijangkiti virus pandemik, Covid-19.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 43, menyifatkan Allahyarham seorang wanita yang hebat dan kuat.

“Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah ibu mentuaku dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya.

“Ibu mertua saya seorang wanita yang hebat dan kuat. Saya pasti akan merinduinya. Saya harap dapat memeluk dan menciumnya buat kali terakhir,” kongsinya menerusi Instagram.

Linda dalam masa sama turut berharap suaminya yang juga pelakon, Syed Aiman kuat untuk menerima kehilangan insan yang paling disayangi dalam hidupnya.

“Tolong kuat, saya tahu bukan senang tetapi saya tahu awak boleh lakukannya. Syed Aiman kehilangan ibu tercinta disebabkan komplikasi Covid-19.

“Minta jasa baik kawan-kawan semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Tuan Zainab Syed Mamat,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca